Indeks Harga Rumah Teres Mengikut Negeri

Indeks Harga Rumah Teres merekod 200.2 mata pada Q1 2018 dan meningkat 0.2 mata kepada 200.4 mata pada Q2 2018. Pada Q1 2018, pertumbuhan tahunan direkod pada 8.0%. Semua negeri berkembang antara 2.1% dan 11.2%. Pertumbuhan membanggakan direkodkan di Negeri Sembilan iaitu pada 11.2%, diikuti dengan Kuala Lumpur dan Sarawak yang mana berkongsi pertumbuhan yang sama (11.1%), Johor (9.3%), Melaka (8.7%) dan Selangor (8.3%). Pertumbuhan terendah direkod di Pulau Pinang pada 2.1%. Berdasarkan perubahan sukuan, indeks berkembang pada 1.4%. Semua negeri mencatat pertumbuhan sederhana kecuali Pulau Pinang (-0.8%) dan Pahang (-0.6%). Kuala Lumpur merekod kenaikan tertinggi iaitu 3.6%, manakala Kelantan (2.4%) dan Sarawak (2.3%). Johor dan Negeri Sembilan (2.2%) berkongsi pertumbuhan yang sama. Pada Q2 2018, pertumbuhan tahunan adalah pada 5.5%. Pulau Pinang dan Pahang adalah dua (2) negeri yang merekodkan penurunan masing-masing 1.1% dan 2.4%. Negeri lain meningkat antara 1.2% dan 9.2%. Negeri Sembilan pula merekod kenaikan tertinggi pada 9.2%. Berbanding Q1 2018, pertumbuhan indeks dengan mata yang kecil iaitu 0.1%. Kebanyakan negeri merekod kenaikan antara 0.1% dan 3.2%, manakala empat(4) lagi negeri lain (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan) menurun antara 0.9% dan 2.6%.

No. of Views : 40

Status: Dataset is Published

Data and Resources

Additional Info

Field Value
Source Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Author Sr Mohd Haris bin Yop
Maintainer Nur Hanani binti Yaacob
Last Updated November 29, 2018, 01:12 (UTC)
Created November 28, 2018, 01:15 (UTC)