Indeks Harga Semua Rumah Mengikut Negeri

Pada Q1 2018, Indeks Harga Rumah Malaysia berada pada 191.2 mata (Q1 2017: 183.3 mata) dengan pertumbuhan sederhana pada 4.3%. Di peringkat negeri, semua negeri menyaksikan pertumbuhan sederhana antara 0.5% dan 9.1% secara keseluruhannya dengan peningkatan ketara direkodkan di Melaka (9.1%), Kelantan (8.5%) dan Negeri Sembilan (7.2%) berbanding Q1 2017. Pada Q2 2018, Indeks harga meningkat pada 3.2 mata kepada 189.5 mata (Q1 2017: 186.3 mata). Semua negeri merekod pertumbuhan tahunan yang positif yang kecil kecuali Kuala Lumpur (-0.6%), Pulau Pinang (-0.1%) dan Pahang (-1.2%) berbanding Q1 2018. Melaka merekod peningkatan tertinggi iaitu pada 8.3%, diikuti oleh Negeri Sembilan (6.5%), Kedah (5.9%) dan Kelantan (4.9%). Perlis dan Sabah berkongsi pertumbuhan yang sama iaitu 4.8%.

No. of Views : 66

Status: Dataset is Published

Data and Resources

Additional Info

Field Value
Source Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Author Sr Mohd Haris bin Yop
Maintainer Nur Hanani binti Yaacob
Last Updated November 29, 2018, 01:13 (UTC)
Created November 28, 2018, 01:03 (UTC)