Senarai Peta Topografi Siri MY502A

Peta versi tidak terhad yang berskala 1:50 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semula jadi atau buatan dengan anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 20 meter; ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid BBST-meter

No. of Views : 0

Status: Dataset is Published

Data and Resources

Additional Info

Field Value
Author Shazlin Omar
Maintainer Shazlin Omar
Last Updated August 1, 2019, 01:14 (UTC)
Created June 7, 2018, 03:16 (UTC)