Harga Rumah Berkembar Mengikut Negeri

Pada Q1 2018, harga “purata rumah berkembar” adalah pada RM653,835, meningkat 2.8% daripada RM636,299 pada Q1 2017. Harga tertinggi adalah dicatat di Kuala Lumpur pada RM2.41 juta, diikuti oleh Selangor pada RM1.01 juta. Harga terendah direkod di Kelantan pada RM265,377. Berbanding Q4 2017, perubahan harga direkod meningkat sedikit pada 1.4% (Q4 2017: RM644,939). Pada Q2 2018, harga menurun -0.02% kepada RM644,633 berbanding Q2 2017 (RM644,754) dan -1.4% berbanding pada Q1 2018. Harga tertinggi dicatat di Kuala Lumpur pada RM2.44 juta. Purata harga rumah di Selangor menurun daripada RM1.01 juta (Q1 2018) kepada RM986,532. Walau bagaimanapun, negeri lain kekal stabil dengan perubahan kecil.

Jumlah Dilihat : 0

Status: Dataset is Published

Data dan Sumber Set Data

Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Disediakan Oleh Sr Mohd Haris bin Yop
Penyelenggara Nur Hanani binti Yaacob
Terakhir Dikemaskini November 29, 2018, 01:05 (UTC)
Tarikh Dicipta November 28, 2018, 01:23 (UTC)