Indeks Harga Rumah Berkembar Mengikut Negeri

Pada Q1 2018, Indeks Harga Rumah Berkembar berada pada 174.5 mata meningkat 2.4 mata daripada suku sebelumnya (Q4 2017: 172.1 mata). Selepas tempoh 12 bulan, pertumbuhan indeks meningkat pada 2.8%. Semua negeri merekod peningkatan antara 1.0% dan 12.6% kecuali Selangor, Johor dan Terengganu di mana masing-masing menurun pada -1.9%, -2.7% dan -1.7%. Pertumbuhan dua digit hanya direkod di Sabah (12.6%), Pulau Pinang (11.3%) dan Melaka (10.2%). Berdasarkan pergerakan sukuan, indeks merekod kenaikan 1.4%. Semua negeri merekod pertumbuhan positif antara 0.1% dan 6.3%, kecuali Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu yang mana menurun masingmasing pada -0.5%, -1.7% dan -2.7%. Melaka merekod kenaikan tertinggi pada 6.3%. Pada Q2 2018, Indeks Harga Rumah Berkembar direkod pada 172.0 mata, jatuh 0.1 mata daripada 172.1 mata (Q2 2017). Semua negeri kecuali Selangor, Johor dan Terengganu menunjukkan pertumbuhan positif antara 2.3% dan 10.9%. Pertumbuhan tertinggi direkod di Melaka (10.9%) dan terendah di Johor (-11.0%), manakala Kelantan kekal tidak berubah. Merujuk kepada perubahan sukuan, tiada perubahan ketara dalam pertumbuhan yang direkod daripada suku sebelumnya kecuali di peringkat negeri. Pertumbuhan tertinggi direkod di Negeri Sembilan (3.2%) dan terendah di Johor pada -7.9%, manakala Kelantan dan Perlis adalah stabil.

Jumlah Dilihat : 40

Status: Dataset is Published

Data dan Sumber Set Data

Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Disediakan Oleh Sr Mohd Haris bin Yop
Penyelenggara Nur Hanani binti Yaacob
Terakhir Dikemaskini November 29, 2018, 01:07 (UTC)
Tarikh Dicipta November 28, 2018, 01:22 (UTC)