Indeks Harga Unit Bertingkat Tinggi Mengikut Negeri

Indeks Unit Bertingkat Tinggi Malaysia menurun 4.5 mata kepada 191.2 mata pada Q2 2018, berbanding Q1 2018 (195.7 mata). Pada Q1 2018, pertumbuhan indeks menurun sedikit pada 0.5% daripada 196.7 mata di dalam suku yang sama 2017. Keseluruhan negeri, empat (4) negeri merekod pertumbuhan yang positif iaitu antara 1.1% dan 13.4%, manakala tiga (3) lagi negeri menunjukkan pertumbuhan negatif antara -0.4% dan -2.6%. Pertumbuhan dua (2) digit dilihat hanya di Melaka (13.4%). Sabah merekod pertumbuhan yang membanggakan iaitu pada 7.3%. Berdasarkan perubahan sukuan pula, indeks masih terus menurun masing-masing 1.6% dan 1.4% pada Q1 2018 dan Q4 2017. Pada Q2 2018, Indeks Harga Unit Bertingkat Tinggi berada pada 191.2 mata, menurun 5.6 mata daripada 196.8 mata pada Q2 2017. Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah merekod pergerakan menaik dengan kenaikan tertinggi direkod di Melaka (6.9%). Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang menunjukkan pergerakan sebaliknya dengan penurunan kecil antara -0.5% dan -5.6%. Berdasarkan pergerakan sukuan, tren yang sama ditunjukkan di seluruh peringkat negeri. Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah pergerakan menaik direkod dengan pertumbuhan yang kecil masing-masing daripada 2.3%, 0.7% dan 0.6%. Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang merekod penurunan pada -1.3% kepada -3.8%.

Jumlah Dilihat : 42

Status: Dataset is Published

Data dan Sumber Set Data

Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Disediakan Oleh Sr Mohd Haris bin Yop
Penyelenggara Nur Hanani binti Yaacob
Terakhir Dikemaskini November 29, 2018, 01:10 (UTC)
Tarikh Dicipta November 28, 2018, 01:18 (UTC)