SENARAI PENYERTAAN PRODUK UNTUK CABARAN INOVASI INKLUSIF

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 - Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16.

Melalui program ini, YIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif. Pertandingan ini telah dimulakan pada tahun 2015 bersempena Karnival Creativity Science4u, 16-18 April 2015 di Putrajaya untuk Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya). Rentetan dari keberkesanan pertandingan ini, YIM meneruskan penganjuran keseluruh Zon di Malaysia pada tahun 2016 dan seterusnya tahun ini, 2017.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Jumlah Dilihat : 43

Status: Dataset is Published

Data dan Sumber Set Data

Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Disediakan Oleh YIM
Penyelenggara YIM
Terakhir Dikemaskini April 11, 2019, 03:15 (UTC)
Tarikh Dicipta November 26, 2018, 07:34 (UTC)