Berita / Hebahan / Aktiviti

Keputusan Hackathon Data Terbuka 2018

13-Nov-2018
13 November 2018 - Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2018 telah diadakan semasa program Public Sector Chief Information Officer Convention And Exhibition (CIO CONVEX) 2018 di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Pemenang pertama kategori 1 Ssektor Awam) dan kategori 2 (Universiti dan Industri) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penghargaan. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan sijil penghargaan. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori: Kategori Sektor Awam 1.      Mentadak Bandar Agensi: MAMPU Nama Produk: mylestari Penerangan Produk:   Sebuah aplikasi web yang membantu rakyat dalam mengenalpasti kelestarian sesebuah negeri. Kaedah penilaian dibuat berdasarkan kepada pengukuran Kerangka MURNInets 2.0 yang terdiri daripada 6 dimensi.   2.       I.R.D  Agensi: ANGKASA Nama Produk: ILKBS@kerjaya Penerangan Produk:   Alat bantuan bagi golongan belia membuat keputusan pilihan kerjaya berdasarkan kemahiran yang bersesuaian. Alat bantuan dibina menggunakn hybrid programming language  untuk kegunaan di Android dan IOS.   3.      Tamkin Agensi: Kementerian Luar Negeri Nama Produk: ez4oku Penerangan Produk: Aplikasi web yang menyediakan maklumat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mencari maklumat berkaitan bantuan, perjalanan luar negara, pekerjaan dan paparan statistik berkaitan.   4.      PeGIS Agensi: SUK Negeri Pulau Pinang Nama Produk: DENGGI Map Journal Penerangan Produk: Aplikasi web berkenaan Jurnal kes denggi di Malaysia dan pemetaan lokaliti hotspot  di Pulau Pinang menggunakan teknologi geospatial.   5.      RosHack Agensi: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Nama Produk: SayaSelamat Penerangan Produk: Aplikasi mobile SayaSelamat ialah pembantu keselamatan maya. Memaparkan maklumat kritikal seperti indeks jenayah, statistik kemalangan jalan raya, balai polis, balai bomba, hospital kerajaan, dan pelbagai data OKU.   Kategori Universiti & Industri 1.      RTFirst Agensi: UTMKL & UKM Nama Produk: I-Queue Penerangan Produk: Aplikasi web yang memberikan penyelesaian kepada masalah menunggu di kaunter servis kerajaan (antaranya adalah kaunter servis hospital dan klinik kerajaan) dengan lebih mesra pengguna menggunakan teknologi terkini.   2.      Terra Agensi: Universiti Sains Malaysia Nama Produk: eKecemasan Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini mampu digunakan untuk melaporkan kejadian kemalangan dan maklumat mangsa ke hospital yang terdekat dengan tempat kejadian yang dikesan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS).   3.      Well Care Concepts Asia Agensi: Ohsemcode Solutions  & Ideal Nauticare Sdn Bhd Nama Produk: Well Care Concepts Asia Penerangan Produk: Aplikasi web Well Care Concept - amal, kebajikan, sukarelawan dan pelancongan digabungkan.   4.      Senduk Lunatech Agensi: Freelancer Nama Produk: Oursourcer Penerangan Produk: Applikasi mobile ini dicipta bagi membolehkan immigran mencari kerja yang diidamkan kerana semua proses akan dilakukan di dalam applikasi ini bermula dari pendaftaran sehinnga bekerja di Malaysia.   5.      A&M Agensi: Authentic Venture Sdn Bhd Nama Produk: Moving MAMPU's Data Online Penerangan Produk: Aplikasi web dalam membina API yang disesuaikan untuk data supaya ia berguna untuk dunia teknologi.   Kategori Pelajar Sekolah Menengah 1.      Cheese Cake Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar Nama Produk: Creona Penerangan Produk: Aplikasi mobile pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai pilihan seperti capaian maps, cuaca dan penterjemah bahasa serta mempunyai permainan mini yang menyeronokkan.   2.      Frontida Agensi: Kolej Tunku Kurshiah Nama Produk: Kiddo Penerangan Produk: Aplikasi ini memberi kemudahan kepada ibu bapa atau penjaga dengan menyediakan maklumat berkaitan klinik kesihatan, pusat jagaan dan kemudahan hiburan kanak-kanak.   3.       Meraki Agensi: Kolej Tunku Kurshiah Nama Produk: Krizon Penerangan Produk: Aplikasi mobile yang boleh membantu masyarakat pada waktu-waktu kecemasan.   4.      Chipsnut Agensi: The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Nama Produk: Latrinavigator Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini tiada lagi di pasaran dan sangat berguna ketika kecemasan terutama sekali kepada OKU. Aplikasi ini dapat membantu OKU mengetahui hala tujunya dan dapat menjimatkan masanya.   5.      Bunny Hop Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar Nama Produk: Ezjob Penerangan Produk: Aplikasi web ini boleh digunakan oleh para graduan  yang masih menunggu tawaran pekerjaan atau belia yang belum mempunyai pekerjaan dan majikan yang masih mencari kakitangan untuk organisasi mereka.

2018 AODP Dialogue and Open Data Conference

07-Nov-2018
2018 AODP Dialogue and Conference, Seoul, Korea Presentation Slides - 2018 AODP Dialogue and Conference, Seoul, Korea Title:                    Unlocking the economic value of open data: Malaysia’s experience Presented by:      YBrs. Dr. Yusminar Yunus                              Digital Government Division                             MAMPU, Prime Minister’s Department                             Malaysia.

PERTEMUAN MAMPU BERSAMA-SAMA WARTAWAN MALAYSIAKINI

25-Oct-2018
Pertemuan antara MAMPU yang diketuai oleh  YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU dan Encik Kuek Ser Kuang Keng, wartawan Malaysiakini bertempat di MAMPU, Putrajaya pada 25 Oktober 2018 berkaitan artikel Malaysiakini yang ditulis oleh beliau bertajuk “Open Data Should Be Part Of Harapan's Freedom Of Information Reform”.  Pertemuan yang berlangsung selama satu (1) jam membincangkan perkara-perkara berkaitan set Data Terbuka yang diterbitkan di dalam Portal Data Terbuka, cabaran-cabaran yang dihadapi dan cadangan tambah baik pelaksanaan Data Terbuka.   Selain daripada itu, perkongsian maklumat mengenai keperluan dan kehendak komuniti/masyarakat terhadap Data Terbuka bagi manfaat bersama dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan ekonomi digital berpacukan data. MAMPU telah menerangkan latar belakang inisiatif Data Terbuka yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2014. Satu platform perkongsian data telah dibangunkan untuk mewujudkan suatu ekosistem Data Terbuka yang  menghubungkan agensi pemilik Data Terbuka dengan pengguna Data Terbuka yang terdiri dari agensi kerajaan, akademia, industri dan rakyat untuk memanfaatkan Data Terbuka yang diterbitkan dalam Portal Data Terbuka, www.data.gov.my bagi menghasilkan pelbagai inovasi melalui pembangunan aplikasi/produk data, penyelidikan atau penciptaan data baharu hasil daripada gabungan set Data Terbuka. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyemarakkan agenda Data Terbuka seperti Program Hackathon Data Terbuka yang diadakan setiap tahun bermula pada tahun 2015. Semasa pertemuan ini, En Kuek Ser Kuang Keng banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai wartawan data bermula di Amerika Syarikat.  Pelbagai contoh aplikasi yang dibangunkan menggunakan sumber Data Terbuka di luar negara seperti di London sangat memberi impak yang tinggi kepada kesejahteraan komuniti di London. Beliau juga turut melahirkan kesudian untuk berkongsi pengalaman bersama MAMPU dalam menerbitkan set data yang lebih berkualiti, menumpukan perhatian pada set data yang bernilai tinggi (high impact) dan sangat diperlukan oleh komuniti. MAMPU amat berbesar hati  dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak wartawan dalam melaksanakan agenda Data Terbuka untuk menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah Kerajaan Terbuka.

Malaysia Ke Arah Kerajaan Terbuka (Open Government Partnership)

22-Oct-2018
Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan hasrat melalui manifesto Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu untuk menjadikan Malaysia sebuah Kerajaan Terbuka. Hasrat ini akan dapat memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa dalam amalan pentadbiran yang baik, cekap dan telus. Salah satu piawaian antarabangsa berkait dengan ketelusan dan akauntabiliti yang perlu diadaptasi adalah Open Contracting Partnership (OCP). Selaras dengan itu, MAMPU telah mengorak selangkah kehadapan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif melalui Inisiatif Pemerkasaan Lautan Data ke arah pelaksanaan Open Government Partnership, seterusnya untuk melayakkan Malaysia diiktiraf sebagai Kerajaan Terbuka. MAMPU yang diketuai oleh YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah ICT bersama Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, YBrs. Dr. Yusminar binti Yunus telah mengadakan perbincangan bersama wakil pasukan Open Contracting Partnership (OCP) Ms. Bernadine Fernz. Perbincangan ini telah diadakan pada 22 Oktober 2018 di MAMPU Putrajaya bagi membincangkan hala tuju yang perlu dirangka bagi membantu Malaysia mengadaptasi OCP ke arah menjadi sebuah Kerajaan Terbuka. Perbincangan tersebut turut disertai oleh En Khairil Yusof dari Sinar Project dan En Zulkfli bin Ahmad dari Pasukan Data Terbuka, MAMPU. Semasa perbincangan tersebut MAMPU telah dimaklumkan berkenaan fungsi dan peranan OCP serta wakil OCP turut berkongsi pengalaman serta kejayaan melaksanakan OCP di negara seperti Columbia, Mexico dan Ukraine. Ms Bernadine Fernz juga telah bersetuju untuk membantu MAMPU dengan memberi khidmat nasihat berkaitan OCP bagi memastikan usaha MAMPU bagi mengadaptasi piawaian antarabangsa berhasil sekaligus menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan prinsip keterbukaan dan berakauntabiliti dalam semua aspek urus tadbirnya.

Big Community News: Online Hackathon by MAMPU gains Record Participation

27-Sep-2018
The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) once again ran its yearly hackathon beginning last week, but this time with a twist. It was conducted online and for 7 days or 168 hours. According to Dr. Yusminar Yunus, Director of Digital Government Division, MAMPU, this was to cater to the requests of many participants who wanted to join the hackathon but weren’t able to due to work commitments or school timing. In the past, hackathons were held at MAMPU and would run for 48 hours straight. Which meant that the participants would not be allowed to leave the premise for that entire period to maintain the sanctity of the hackathon and prevent information from being leaked out or shared. This posed a problem to many as they would need to take leave from work and for schooling participants, it would mean not getting school work done. This year with the participants only requiring to register online, and submission posted to their website, there were many more participants able to get involved. The participants only needed to attend the evaluation which was held for a day on the 25th of September at the Malaysian Global Innovation & Creativity Center (MaGIC) in Cyberjaya. Evaluation through Skype call was done for participants who were too far to travel to Kuala Lumpure. Participation saw registration of 90 groups (253 persons) comprising of 34 groups in Public Sector category, 47 groups in University & Industrial category and 9 Groups in Secondary Students category. Product submission was from 22 – 24 September. A total of 66 groups comprising of 28 from the Public Sector, 31 from University and Industry category and 7 Groups from the Secondary Students category. The hackathon this year had a record entry of 253 participants compared to 176 participants last year since the Open Data Hackathon inception in 2015. Also this year a total of 60500 MYR cash prizes were up for grabs. Click here to watch Big Community Interview with Dr. Yusminar