Berita / Hebahan / Aktiviti / MALAYSIA OPEN DATA USER GROUP (MODUG) 2019

Berita / Hebahan / Aktiviti

MALAYSIA OPEN DATA USER GROUP (MODUG) 2019

27-Apr-2019

Pada 27 April 2019, Program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2019 telah dilaksanakan secara kolaborasi strategik dengan Hack/Hackers Kuala Lumpur dan Google Malaysia dengan tema Growing Open Data Together.  Program ini diadakan di Google Malaysia, Axiata Tower, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah Binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU.  MODUG telah dilancarkan pada 14 November 2017 oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun dan merupakan platform untuk menghubungkan pemilik Data Terbuka (Agensi Kerajaan/Sektor Swasta) dengan pengguna data.

Objektif program MODUG adalah untuk menghubungkan agensi pemilik Data Terbuka dengan pelbagai kategori pengguna data, menggalakkan pemilik data menerbitkan data berkualiti berdasarkan keperluan pengguna, meningkatkan kualiti set data yang diterbitkan ke arah ‘on demand data’ dan ‘granular data’ dan meningkatkan penglibatan rakyat (citizen participation).

Seramai 105 orang peserta yang terdiri daripada komuniti, wartawan, akademia, badan bukan kerajaan (Non-Government Organization – NGO), syarikat startup dan media telah hadir dalam program tersebut.  Peserta program telah dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut kluster iaitu Statistik Kebangsaan/Bancian, Pengangkutan, Kesihatan, Pendidikan, Jenayah, Bajet/Kontrak Awam, Alam Sekitar/Pemetaan/Pemilikan Tanah dan lain-lain.

Slaid pembentangan dan gambar-gambar program adalah seperti berikut :
1. Malaysia Open Data Program, YBrs. Dr. Yusminar, MAMPU

2. TM Perspective on Open Data, Mr Mohd Zaid Waqiyuddin bin Mohd Zulkifli, TM One

3. Sharing on our journey to Open Data as a Government Agency, Mr Tan Yee Siang, MaGIC

4. Open Contracting, Bernadine Fernz, Open Contracting Partnership (OCP)

5. Galeri gambar