Berita / Hebahan / Aktiviti / Sabah Data Fest 2019

Berita / Hebahan / Aktiviti

Sabah Data Fest 2019

10-Jul-2019

Kementerian Pelajaran dan Inovasi dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Cawangan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Sabah dan Kinabalu Coder telah menganjurkan Sabah Data Fest 2019 pada 8 hingga 9 Julai 2019.

Sabah Data Fest 2019 diadakan bertujuan menggalakkan perkongsian data terbuka agensi kerajaan di Sabah, mempelajari teknik penyediaan set data yang berkualiti, meningkatkan kualiti set data di dalam portal data.gov.my dan meningkatkan kesedaran pelaksanaan Data Terbuka.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, YB. Datuk Dr. Yusof Yacob.  Turut hadir bersama adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Inovasi YBhg. Datuk Dr.  Minggu Haji Jumaan, Pengarah MAMPU Sabah, YBhg. Dato’ Mohd Suhaili Mohd Taufek dan Pengarah JPKN Sabah, Puan Ernywati Dewi Abas. 

Sebanyak 27 kumpulan yang terdiri daripada 47 orang wakil agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah bertanding dalam program ini. Barisan juri yang menghakimi pertandingan ini terdiri daripada pegawai MAMPU (Ibu pejabat), JPKN dan Kinabalu Coder. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan dan agensi pemenang adalah seperti berikut:

  1. Kategori Data Terbanyak dimenangi oleh Agensi Ko-Nelayan. 
  2. Kategori Data Berkualiti dimenangi oleh Lembaga Indursti Getah Sabah (LIGS)
  3. Kategori Data Variety dimenangi oleh Agensi Jabatan Keretapi Sabah; dan
  4. Kategori Anugerah Khas dimenangi oleh Agensi Jabatan Pengairan dan Saliran

 

Gambar Sabah Data Fest 2019