Berita / Hebahan / Aktiviti / Pengikitirafan & Penghargaan kepada Penyumbang Data semasa CONVEX 2016

Berita / Hebahan / Aktiviti

Pengikitirafan & Penghargaan kepada Penyumbang Data semasa CONVEX 2016

27-Dec-2016

Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam

Lima (5) kementerian/agensi telah menerima Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu:

  1. Jabatan Perangkaan Malaysia
  2. Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  3. Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi
  4. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  5. Kementerian Sumber Manusia

Kementerian/agensi ini selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan daripada MAMPU di Persidangan Public Sector Chief Information Officer (CIO CONVEX) 2016 pada 23 Nov 2016 di Hotel Sama-sama KLIA Sepang, Selangor atas komitmen yang tinggi dalam menyumbang data dengan format yang boleh dibaca oleh mesin (machine readable).  Walaupun ganjarannya tidak seberapa, MAMPU mengiktiraf sumbangan kementerian/agensi.  Program apresiasi ini akan diberikan pada tahun hadapan dan berterusan.