Berita / Hebahan / Aktiviti / Mesyuarat Open Data bersama World Bank Group (WBG)

Berita / Hebahan / Aktiviti

Mesyuarat Open Data bersama World Bank Group (WBG)

05-Apr-2017

Satu mesyuarat telah diadakan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada  03 April 2017. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai darai Bahagian Kerajaan Digital (BKD) MAMPU dan pihak World Bank Group (WBG). Tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai penilaian kesediaan data terbuka dan langkah seterusnya untuk Malaysia dalam memperluaskan inisiatif tersebut. Agenda Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perbincangan mengenai laporan Penilaian Kesedian Data Terbuka (ODRA) dan pelancaran laporan
  2. Perbincangan inisiatif untuk mewujudkan buku laporan Malaysia Economic Monitor: MAMPU Contributions
  3. Bertukar pengetahuan dengan negara Kambodia mengenai strategi ICT dalam saluran perkhidmatan
  4. Perbincangan untuk mendokumenkan pengalaman Malaysia dalam mengendalikan projek-projek yang berkaitan ICT dalam saluran perkhidmatan