Berita / Hebahan / Aktiviti / TEMUBUAL BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU DI NASIONAL FM

Berita / Hebahan / Aktiviti

TEMUBUAL BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU DI NASIONAL FM

18-May-2017

Sukacita dimaklumkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Hari Data Terbuka 2017 pada 25 Mei ini. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan mempromosikan majlis tersebut, satu sesi temubual bersama YBrs. Dr. Yusminar Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh           : 19 Mei 2017 (Jumaat)

Masa            : 10.30 pagi

Saluran        : Nasional.fm

Frekuensi     : 88.5 (Lembah Klang)

Tajuk             : Hari Data Terbuka 2017

          

YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk mendengar temu bual dan memanjangkan hebahan ini kepada pegawai dan kakitangan di agensi / kementerian / jabatan untuk makluman bersama. Ia juga boleh didengar secara langsung dengan melayari http://myklik.rtm.my/radio atau di saluran ASTRO 869 atau melalui aplikasi RTM Mobile.