Berita / Hebahan / Aktiviti / Pendaftaran: Program Hackathon Data Terbuka 2017

Berita / Hebahan / Aktiviti

Pendaftaran: Program Hackathon Data Terbuka 2017

17-Aug-2017

MAMPU dengan bangganya mengumumkan penganjuran hackathon buat kali ketiga iaitu 48 jam Hackathon Data Terbuka 2017. Sebanyak tiga kategori akan dibuka untuk mencipta atau membangunkan aplikasi berdasarkan tema yang akan diumumkan sebelum hari hackathon bermula. Program ini akan berlangsung di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya pada 11 - 13 September 2017.Hadiah akan disampaikan di Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2017 pada 5 - 6 Oktober 2017.

Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada 7 September 2017 . Sila layari pautan di bawah untuk menyertai hackathon :

Kategori Penjawat Awam 

Kategori Industri dan Universiti (Awam & Swasta)

Kategori Pelajar Sekolah Menengah
 

Untuk syarat-syarat penyertaan, sila muat turun melalui pautan yang disediakan.

Syarat - syarat Penyertaan