Berita / Hebahan / Aktiviti / Pemenang Hackathon Data Terbuka 2017

Berita / Hebahan / Aktiviti

Pemenang Hackathon Data Terbuka 2017

10-Oct-2017

Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2017 telah diadakan semasa program Public Sector CIOConvex 2017 bertarikh 5 Oktober 2017 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim bin Seman. Pemenang pertama kategori 1 (sektor Awam) dan kategori 2 (Industri dan Universiti) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penyertaan latihan profesional utk data sains dan analitis data selama 3 bulan di Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 berserta Ipad. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori beserta tajuk produk data:

Kategori 1: Sektor Awam Tajuk Produk Data
1. Pharmacoders Health Traveller Malaysia
2. Pegis Love and Care
3. Roshack Safer 2 School
4. Iman e-Musafir
5. Marinehack eFerryLive
Kategori 2: Industri dan Universiti Tajuk Produk Data
1. TvA CiTA-City Transit Apps
2. Kuda Api Smart Fire Fighting
3.RT 33 WeCare
4. Data Negara SmartChange
5. The Rox The Whiz
Kategori 3: Pelajar Sekolah Menengah Tajuk Produk Data
1. Carbonara Carbonara Navigator App
2. Panda Face Recognition
3. Olio Blastoise Smarter City
4. Pro2o PaperPlanes
5. Verner Coders Sistem Statistik Jenayah Dadah di Malaysia

 

Gambar Majlis Perasmian CIO CONVEX 5 Oktober 2017