Berita / Hebahan / Aktiviti / Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017

Berita / Hebahan / Aktiviti

Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017

14-Nov-2017

Putrajaya, 14 November 2017- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri mengorak langkah seterusnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Kerajaan Digital sehingga ke peringkat global dengan mengadakan program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017. Penganjuran ini juga merupakan julung kalinya diadakan untuk meletakkan Malaysia sebagai masyarakat yang kuat dan matang secara digital serta mempunyai data 'terbuka' dan tersedia kepada orang ramai. Program ini turut menggalakkan perkhidmatan awam yang cekap apabila negara merangkumi ekonomi digital.

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan penglibatan rakyat dengan mendapatkan maklum balas mereka tentang data terbuka yang mereka perlukan dan menggalakkan pemilik data menerbitkan data yang berkualiti berdasarkan keperluan pengguna.

Program ini dijayakan hasil kerjasama World Bank Group (WBG) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan melibatkan lebih daripada 110 peserta dari agensi kerajaan, industri, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Belaun, semasa pelancaran itu berkata bahawa mempunyai data yang tepat pada masanya dan relevan adalah penting untuk penghasilan dasar yang berasaskan bukti. "Tetapi ia juga semakin penting untuk pembangunan sektor swasta. Sebagai negara pertama di ASEAN untuk melaksanakan metodologi Penilaian Kesediaan Data Terbuka (ODRA), Malaysia dapat menilai kesediaan institusi dan teknikalnya dan kini bergerak pantas untuk melaksanakan tindakan konkrit yang diperlukan untuk menggerakkan program data terbuka ke hadapan. " kata YB Datuk Joseph Entulu ketika merasmikan program Malaysia Open Data User Group.

Teks Ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Slaid Pembentangan MAMPU

Slaid Pembentangan Big Open Wrangle

Liputan Media

Bernama 14th November 2017 (ENGLISH)

Bernama 14 November 2017 (MALAY)

Big Community

Borneo Post Online

Galeri Gambar

Flickr MAMPU