Berita / Hebahan / Aktiviti / Sesi Temubual siaran media Program Big Open Wrangle (BOW)

Berita / Hebahan / Aktiviti

Sesi Temubual siaran media Program Big Open Wrangle (BOW)

26-Jan-2018

Satu sesi temubual siaran media telah diadakan pada 23 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Cyber 6, Aras 6, MAMPU. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh pegawai dari syarikat Asia Online Publishing Group (AOPG) Sdn. Bhd. sebagai penemubual dan Timbalan Ketua Pengarah sektor ICT MAMPU, YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali sebagai wakil dari MAMPU. Tujuan sesi temubual tersebut adalah untuk mempromosikan aktiviti perkongsian portal data terbuka di portal www.data.gov.my serta program Big Open Wrangle (BOW) anjuran AOPG Sdn. Bhd. dengan kerjasama NetApp Malaysia, Cloudera dan TechData.

Cik Melina Hwang, Pengurus Besar AOPG, penerbit Portal Big Community memberitahu, " Setakat ini seramai 120 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program ini. Penganjur berkeyakinan program ini akan dapat menghasilkan penggunaan Data Terbuka yang lebih efektif kepada negara. 

Tambah YBrs. Dr. Suhazimah, " Kerajaan melihat Data Terbuka di peringkat global telah digunakan oleh pihak komuniti luar bandar bagi memperoleh perkhidmatan perubatan yang lebih murah dan memperbaiki sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Matlamat kerajaan adalah untuk memanfaatkan kreativiti pakar tempatan dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menggunakan Data Terbuka dengan lebih inovatif."

Big Community