Berita / Hebahan / Aktiviti / Hackathon Data Terbuka 2018 (7 Hari/168 Jam)

Berita / Hebahan / Aktiviti

Hackathon Data Terbuka 2018 (7 Hari/168 Jam)

27-Aug-2018

MAMPU akan menganjurkan Program Hackathon Data Terbuka 2018 pada 18 hingga 24 September 2018. Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform bagi penciptaan produk data yang kreatif, berkualiti dan berinovasi; memanfaatkan keupayaan Data Terbuka dalam penghasilan produk dan menggalakkan inovasi Data Terbuka dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.  Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori penyertaan iaitu sektor awam, universiti & industri dan pelajar sekolah menengah.

Program Hackathon ini merupakan satu platform pertandingan pembangunan aplikasi yang diadakan secara berterusan tanpa henti selama 7 hari (168 jam). Julung kalinya pertandingan akan diadakan secara dalam talian.  Peserta dikehendaki membangunkan aplikasi/produk data menggunakan set Data Terbuka yang terdapat di Portal Data Terbuka (www.data.gov.my) dan juga set data daripada sumber yang lain.  Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. 

Pelaksanaan program Hackathon selama 168 jam ini tidak memerlukan peserta hadir ke lokasi pertandingan kecuali semasa sesi penilaian di mana para peserta dikehendaki hadir membuat pembentangan kepada panel penilai pada 25 - 26 September 2018 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).  Pembangunan aplikasi/produk data boleh dilakukan di premis masing-masing atau mana-mana lokasi yang bersesuaian.  Bagi kategori pelajar sekolah menengah setiap kumpulan pelajar sekolah menengah perlu diiringi dengan seorang guru semasa sesi penilaian untuk memastikan keselamatan para pelajar.

Sehubungan itu, MAMPU mempelawa para akademia, penjawat awam, kakitangan industri, pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini melalui https://hackathon.data.gov.my.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 September 2018.  Pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa wang tunai beserta sijil dan majlis penyampaian hadiah akan  diadakan semasa majlis Public Sector CIO ConVEX 2018 pada 14 – 15 Nov 2018.  Syarat penyertaan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh melalui pautan di bawah.

Pautan Hackathon Data Terbuka 2018 (7 Hari/168 Jam)

 

PENGUMUMAN

Tarikh tutup penyertaan di lanjutkan sehingga 22 September 2018