Berita / Hebahan / Aktiviti / Keputusan Hackathon Data Terbuka 2018

Berita / Hebahan / Aktiviti

Keputusan Hackathon Data Terbuka 2018

13-Nov-2018

13 November 2018 - Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2018 telah diadakan semasa program Public Sector Chief Information Officer Convention And Exhibition (CIO CONVEX) 2018 di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Pemenang pertama kategori 1 Ssektor Awam) dan kategori 2 (Universiti dan Industri) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penghargaan. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan sijil penghargaan. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori:

Kategori Sektor Awam

1.      Mentadak Bandar

Agensi: MAMPU

Nama Produk: mylestari

Penerangan Produk:   Sebuah aplikasi web yang membantu rakyat dalam mengenalpasti kelestarian sesebuah negeri. Kaedah penilaian dibuat berdasarkan kepada pengukuran Kerangka MURNInets 2.0 yang terdiri daripada 6 dimensi.

 

2.       I.R.D 

Agensi: ANGKASA

Nama Produk: ILKBS@kerjaya

Penerangan Produk:   Alat bantuan bagi golongan belia membuat keputusan pilihan kerjaya berdasarkan kemahiran yang bersesuaian. Alat bantuan dibina menggunakn hybrid programming language  untuk kegunaan di Android dan IOS.

 

3.      Tamkin

Agensi: Kementerian Luar Negeri

Nama Produk: ez4oku

Penerangan Produk: Aplikasi web yang menyediakan maklumat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mencari maklumat berkaitan bantuan, perjalanan luar negara, pekerjaan dan paparan statistik berkaitan.

 

4.      PeGIS

Agensi: SUK Negeri Pulau Pinang

Nama Produk: DENGGI Map Journal

Penerangan Produk: Aplikasi web berkenaan Jurnal kes denggi di Malaysia dan pemetaan lokaliti hotspot  di Pulau Pinang menggunakan teknologi geospatial.

 

5.      RosHack

Agensi: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Nama Produk: SayaSelamat

Penerangan Produk: Aplikasi mobile SayaSelamat ialah pembantu keselamatan maya. Memaparkan maklumat kritikal seperti indeks jenayah, statistik kemalangan jalan raya, balai polis, balai bomba, hospital kerajaan, dan pelbagai data OKU.

 

Kategori Universiti & Industri

1.      RTFirst

Agensi: UTMKL & UKM

Nama Produk: I-Queue

Penerangan Produk: Aplikasi web yang memberikan penyelesaian kepada masalah menunggu di kaunter servis kerajaan (antaranya adalah kaunter servis hospital dan klinik kerajaan) dengan lebih mesra pengguna menggunakan teknologi terkini.

 

2.      Terra

Agensi: Universiti Sains Malaysia

Nama Produk: eKecemasan

Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini mampu digunakan untuk melaporkan kejadian kemalangan dan maklumat mangsa ke hospital yang terdekat dengan tempat kejadian yang dikesan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS).

 

3.      Well Care Concepts Asia

Agensi: Ohsemcode Solutions  & Ideal Nauticare Sdn Bhd

Nama Produk: Well Care Concepts Asia

Penerangan Produk: Aplikasi web Well Care Concept - amal, kebajikan, sukarelawan dan pelancongan digabungkan.

 

4.      Senduk Lunatech

Agensi: Freelancer

Nama Produk: Oursourcer

Penerangan Produk: Applikasi mobile ini dicipta bagi membolehkan immigran mencari kerja yang diidamkan kerana semua proses akan dilakukan di dalam applikasi ini bermula dari pendaftaran sehinnga bekerja di Malaysia.

 

5.      A&M

Agensi: Authentic Venture Sdn Bhd

Nama Produk: Moving MAMPU's Data Online

Penerangan Produk: Aplikasi web dalam membina API yang disesuaikan untuk data supaya ia berguna untuk dunia teknologi.

 

Kategori Pelajar Sekolah Menengah

1.      Cheese Cake

Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar

Nama Produk: Creona

Penerangan Produk: Aplikasi mobile pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai pilihan seperti capaian maps, cuaca dan penterjemah bahasa serta mempunyai permainan mini yang menyeronokkan.

 

2.      Frontida

Agensi: Kolej Tunku Kurshiah

Nama Produk: Kiddo

Penerangan Produk: Aplikasi ini memberi kemudahan kepada ibu bapa atau penjaga dengan menyediakan maklumat berkaitan klinik kesihatan, pusat jagaan dan kemudahan hiburan kanak-kanak.

 

3.       Meraki

Agensi: Kolej Tunku Kurshiah

Nama Produk: Krizon

Penerangan Produk: Aplikasi mobile yang boleh membantu masyarakat pada waktu-waktu kecemasan.

 

4.      Chipsnut

Agensi: The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Nama Produk: Latrinavigator

Penerangan Produk: Aplikasi mobile ini tiada lagi di pasaran dan sangat berguna ketika kecemasan terutama sekali kepada OKU. Aplikasi ini dapat membantu OKU mengetahui hala tujunya dan dapat menjimatkan masanya.

 

5.      Bunny Hop

Agensi: SMK Taman Tuanku Jaafar

Nama Produk: Ezjob

Penerangan Produk: Aplikasi web ini boleh digunakan oleh para graduan  yang masih menunggu tawaran pekerjaan atau belia yang belum mempunyai pekerjaan dan majikan yang masih mencari kakitangan untuk organisasi mereka.