Berita / Hebahan / Aktiviti / Sesi Libat Urus Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka 2019, Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dan; Sistem Pemantauan Laman Web Dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) Bagi Zon Selatan

Berita / Hebahan / Aktiviti

Sesi Libat Urus Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka 2019, Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dan; Sistem Pemantauan Laman Web Dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) Bagi Zon Selatan

11-Apr-2019

MAMPU telah mengadakan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka 2019, Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dan; Sistem Pemantauan Laman Web Dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) bagi Zon Selatan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 11 April 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Seri Negeri, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka.  Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Yusminar binti Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital.

Selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan, sesi libat urus ini bertujuan untuk:

  1. memaklumkan Program Pemerkasaan Data Terbuka, Perancangan KPI Data Terbuka 2019 dan sesi coaching KPI Data Terbuka 2019.
  2. memberi pendedahan tentang kepentingan perkongsian data melalui perkhidmatan yang disediakan oleh MyGDX.
  3. memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan SPLaSK sebagai mekanisme pemantauan laman web dan perkhidmatan dalam talian yang komprehensif agar penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan.

Sesi libat urus ini telah dihadiri Pengurus ICT dan Data Steward/Data  Agent Pejabat Setiausha Kerajaan Negeri (PSUK) Melaka dan Johor. 

 

.  

 

 

Kertas 1         Program Pemerkasaan Data Terbuka

                        Sasaran KPI Data Terbuka

Kertas 2         KPI Data Terbuka 2019

Kertas 3         Promosi Hub Perkongsian Data Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Central Data Exchange - MyGDX)

Kertas 4         Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK)

Kertas 5          Pengemaskinian Set Data Terbuka

Lampiran A     Tatacara Pengemaskinian lesen

Lampiran B     Tatacara Pengemaskinian Set Data

Gambar Sesi Libat Urus