Berita / Hebahan / Aktiviti

Sesi Temubual siaran media Program Big Open Wrangle (BOW)

26-Jan-2018
Satu sesi temubual siaran media telah diadakan pada 23 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Cyber 6, Aras 6, MAMPU. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh pegawai dari syarikat Asia Online Publishing Group (AOPG) Sdn. Bhd. sebagai penemubual dan Timbalan Ketua Pengarah sektor ICT MAMPU, YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali sebagai wakil dari MAMPU. Tujuan sesi temubual tersebut adalah untuk mempromosikan aktiviti perkongsian portal data terbuka di portal www.data.gov.my serta program Big Open Wrangle (BOW) anjuran AOPG Sdn. Bhd. dengan kerjasama NetApp Malaysia, Cloudera dan TechData. Cik Melina Hwang, Pengurus Besar AOPG, penerbit Portal Big Community memberitahu, " Setakat ini seramai 120 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program ini. Penganjur berkeyakinan program ini akan dapat menghasilkan penggunaan Data Terbuka yang lebih efektif kepada negara.  Tambah YBrs. Dr. Suhazimah, " Kerajaan melihat Data Terbuka di peringkat global telah digunakan oleh pihak komuniti luar bandar bagi memperoleh perkhidmatan perubatan yang lebih murah dan memperbaiki sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Matlamat kerajaan adalah untuk memanfaatkan kreativiti pakar tempatan dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menggunakan Data Terbuka dengan lebih inovatif." Big Community

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAMPU dan AOPG SDN. BHD.

04-Dec-2017
PUTRAJAYA 04 Disember 2017- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan syarikat Asia Online Publishing Group (AOPG) SDN BHD telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai salah satu usaha untuk mencapai objektif pelaksanaan data terbuka iaitu memperkasakan perkongsian data dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat. Majlis bersejarah itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Memorandum ini adalah berkaitan jalinan kerjasama di antara MAMPU dan AOPG dalam menjalankan projek yang dikenali sebagai The Big Open Wrangle untuk mempromosikan penggunaan Terbuka Data dan menggalakkan perkongsian lebih banyak data. Dokumen memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff dan Pengurus Besar AOPG,Puan Hwang Yoong Li. Semasa majlis tersebut, Dr Mazlan berkata terdapat banyak promosi dan publisiti yang dijalankan oleh MAMPU untuk memperkasakan inisiatif Terbuka Data. "Kami menyediakan platform di dalam sektor kerajaan, untuk bertemu dengan orang-orang dari industri, dari dunia perniagaan, dari akademia, untuk mempunyai padanan mengetahui bagaimana memenuhi permintaan mereka berkaitan data terbuka. Ini telah dilakukan dan kami akan terus melakukannya dengan lebih agresif pada tahun-tahun akan datang, "katanya.                                                           Beliau turut menjelaskan bahawa Big Open Wrangle (BOW) adalah persaingan untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang mudah. Ia bermula pada 5 Oktober dan akan berterusan sehingga 4 April 2018. "Adalah menjadi harapan kami bahawa program secara tidak langsung akan memperkayakan atau meningkatkan penggunaan atau aplikasi data terbuka melalui penyelidikan, penerbitan, perkongsian sumber dan perkongsian kepakaran. Sangat penting untuk meneruskan kerjasama ini dalam usaha kami untuk memperkuat inovasi dalam melewati gelombang IR4, "katanya. Beliau terus berkata bahawa beliau berharap usaha kedua-dua pihak akan berjaya dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada AOPG kerana bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif dan mengambil tanggungjawab membuat agenda itu berjaya.

Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017

14-Nov-2017
Putrajaya, 14 November 2017- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri mengorak langkah seterusnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Kerajaan Digital sehingga ke peringkat global dengan mengadakan program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017. Penganjuran ini juga merupakan julung kalinya diadakan untuk meletakkan Malaysia sebagai masyarakat yang kuat dan matang secara digital serta mempunyai data 'terbuka' dan tersedia kepada orang ramai. Program ini turut menggalakkan perkhidmatan awam yang cekap apabila negara merangkumi ekonomi digital. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan penglibatan rakyat dengan mendapatkan maklum balas mereka tentang data terbuka yang mereka perlukan dan menggalakkan pemilik data menerbitkan data yang berkualiti berdasarkan keperluan pengguna. Program ini dijayakan hasil kerjasama World Bank Group (WBG) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan melibatkan lebih daripada 110 peserta dari agensi kerajaan, industri, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Belaun, semasa pelancaran itu berkata bahawa mempunyai data yang tepat pada masanya dan relevan adalah penting untuk penghasilan dasar yang berasaskan bukti. "Tetapi ia juga semakin penting untuk pembangunan sektor swasta. Sebagai negara pertama di ASEAN untuk melaksanakan metodologi Penilaian Kesediaan Data Terbuka (ODRA), Malaysia dapat menilai kesediaan institusi dan teknikalnya dan kini bergerak pantas untuk melaksanakan tindakan konkrit yang diperlukan untuk menggerakkan program data terbuka ke hadapan. " kata YB Datuk Joseph Entulu ketika merasmikan program Malaysia Open Data User Group. Teks Ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Slaid Pembentangan MAMPU Slaid Pembentangan Big Open Wrangle Liputan Media Bernama 14th November 2017 (ENGLISH) Bernama 14 November 2017 (MALAY) Big Community Borneo Post Online Galeri Gambar Flickr MAMPU

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAMPU dan IVI UKM

24-Oct-2017
Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 23 Oktober 2017 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori Berita dan video daripada Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Boleh rujuk di emel berikut http://www.ivi.ukm.my/mou-antara-ivi-ukm-dan-mampu/

Pemenang Hackathon Data Terbuka 2017

10-Oct-2017
Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2017 telah diadakan semasa program Public Sector CIOConvex 2017 bertarikh 5 Oktober 2017 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim bin Seman. Pemenang pertama kategori 1 (sektor Awam) dan kategori 2 (Industri dan Universiti) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penyertaan latihan profesional utk data sains dan analitis data selama 3 bulan di Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 berserta Ipad. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori beserta tajuk produk data: Kategori 1: Sektor Awam Tajuk Produk Data 1. Pharmacoders Health Traveller Malaysia 2. Pegis Love and Care 3. Roshack Safer 2 School 4. Iman e-Musafir 5. Marinehack eFerryLive Kategori 2: Industri dan Universiti Tajuk Produk Data 1. TvA CiTA-City Transit Apps 2. Kuda Api Smart Fire Fighting 3.RT 33 WeCare 4. Data Negara SmartChange 5. The Rox The Whiz Kategori 3: Pelajar Sekolah Menengah Tajuk Produk Data 1. Carbonara Carbonara Navigator App 2. Panda Face Recognition 3. Olio Blastoise Smarter City 4. Pro2o PaperPlanes 5. Verner Coders Sistem Statistik Jenayah Dadah di Malaysia   Gambar Majlis Perasmian CIO CONVEX 5 Oktober 2017

48 JAM HACKATHON DATA TERBUKA 2017

15-Sep-2017
HACKATHON DATA TERBUKA 2017 (48 JAM) MELEBAR HORIZON KREATIVITI, MENGGARAP ASPIRASI INOVASI Cyberjaya, 11 September 2017- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri terus komited untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Kerajaan Digital sehingga ke peringkat global dengan sekali lagi menganjurkan Program Hackathon 2017. Penganjuran ini juga merupakan manifestasi awam swasta yang dicapai bersama-sama hasil kerjasama rakan strategik iaitu Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Telekom Malaysia, GITN Sdn. Bhd,. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan myVIC Sdn. Bhd. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Program Hackathon 2017 merupakan suatu platform penciptaan atau pembangunan aplikasi atau produk data yang kreatif dan berinovatif dengan menggunakan data terbuka yang boleh diperoleh daripada portal data.gov.my yang kini menyediakan sebanyak 2,303 set data. “Inisiatif data terbuka ini juga merupakan satu inisiatif ke arah menggalakkan penciptaan produk yang berinovasi berasaskan data terbuka di kalangan komuniti perniagaan dan juga individu. Ciptaan produk baharu secara tidak langsung dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan menjana ekonomi dengan mewujudkan kemudahan perkhidmatan baharu demi untuk kemudahan rakyat,” kata YB Datuk Joseph Entulu ketika merasmikan Majlis Perasmian Hackathon Data Terbuka dan Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017 di Auditorium MaGIC, hari ini. Turut hadir sama di Majlis tersebut ialah YBrs Dr. Suhazimah Binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU; Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam dan Peneraju Data Terbuka Sektor Awam hadir memeriahkan Majlis. Program Hackathon Data Terbuka pada tahun 2017 terbahagi kepada tiga (3) kategori penyertaan iaitu kategori Sektor Awam selama 48 jam, kategori Industri dan Universiti Awam &  Swasta selama 48 jam serta kategori Pelajar Sekolah Menengah selama 30 jam. Program Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017 pula berlangsung selama 24 jam dan terbuka kepada penjawat awam sahaja. Program Hackathon Data Terbuka tahun 2017 ini mencipta sedikit kelainan dengan memfokus kepada golongan rentan (vulnerables group). Program ini menjadi satu testimoni  keperihatian pihak penganjur bagi memastikan penyampaian perkhidmatan adalah berpaksikan rakyat. Bagi menghargai penglibatan para peserta, program ini telah menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah RM60,500.00 bagi Hackathon Data Terbuka 2017 dan RM12,500.00 bagi Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2017. “Dengan adanya program seperti ini idea-idea inovasi dari pelbagai sektor seperti industri, pendidikan, kewangan dan lain-lain bersama-sama kerajaan dapat digabungkan bagi mengarusperdanakan pelaksanaan data terbuka dan aplikasi mudah alih untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. Data berkaitan Kerajaan yang dibuka kepada rakyat adalah data yang sememangnya boleh dikongsi kepada umum dan bukan bersifat data peribadi atau diklasifikasikan sebagai data sulit dan maklumat ini boleh memberi pelbagai manfaat kepada orang ramai untuk pelbagai tujuan dan kepentingan tertentu dalam kehidupan masing-masing,” tambah YBrs Dr. Suhazimah Binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU ketika ditemuramah oleh pemberita. Liputan Media Bernama 11 September 2017 Bahasa Melayu Bernama 11 September 2017 Bahasa Inggeris The Sun 11 September 2017 Big Community Galeri Gambar Flickr MAMPU

Hadiah Hackathon Data Terbuka 2017

04-Sep-2017
Sijil Sains Data dan Ipad bernilai RM50,000 juga menanti pemenang!!!

Pengumuman Tema Hackathon data terbuka 2017

02-Sep-2017
Pengumuman Penting!! Pembangunan produk hendaklah mengikut salah satu bidang tema seperti berikut: Travellers Experience Innovation Innovation with Nature How do You Build a Smarter City Spark a Smart Change for Vulnerable

Pendaftaran: Program Hackathon Data Terbuka 2017

17-Aug-2017
MAMPU dengan bangganya mengumumkan penganjuran hackathon buat kali ketiga iaitu 48 jam Hackathon Data Terbuka 2017. Sebanyak tiga kategori akan dibuka untuk mencipta atau membangunkan aplikasi berdasarkan tema yang akan diumumkan sebelum hari hackathon bermula. Program ini akan berlangsung di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya pada 11 - 13 September 2017.Hadiah akan disampaikan di Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2017 pada 5 - 6 Oktober 2017. Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada 7 September 2017 . Sila layari pautan di bawah untuk menyertai hackathon : Kategori Penjawat Awam  Kategori Industri dan Universiti (Awam & Swasta) Kategori Pelajar Sekolah Menengah   Untuk syarat-syarat penyertaan, sila muat turun melalui pautan yang disediakan. Syarat - syarat Penyertaan

Siaran Langsung Hari Data Terbuka - Seminar Open Data

25-May-2017

Berita BERNAMA : MAMPU Melancarkan Hari Data Terbuka 2017

25-May-2017
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- World Bank Group hari ini menyerahkan Laporan Open Data Readiness Assessment (ODRA) kepada kerajaan Malaysia bersempena dengan pelancaran Hari Data Terbuka 2017. Baca lagi... Source : http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1359270

Berita BERNAMA : Pengguna Harus Beretika Dalam Mengakses Data - TPM

25-May-2017
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Pengguna perlu sentiasa menggamalkan etika ketika mengakses dan menterjemah data ke dalam maklumat untuk manfaat bersama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya pekembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa kepada tercetusnya Revolusi Data, di mana data digunakan secara sangat meluas, terperinci, dalam skala yang besar dan pantas, sekaligus menjadikan data satu kuasa baharu untuk mendapatkan pengetahuan. Dalam hal ini, katanya, pengguna perlu mempunyai kebijaksanaan untuk mencernakan, dan pada masa yang sama, bersikap adil dan terbuka dalam menterjemahkan data yang diperoleh. "Hari ini, data tidak lagi statik sifatnya, tetapi berbentuk mudah berubah dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosial, teknologi, alam sekitar, perundangan dan sebagainya. ""Revolusi data telah memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita kerana ia mampu mentransformasi kehidupan manusia, cara kita berfikir dan cara bekerja," katanya semasa merasmikan Program Big Splash Data Terbuka yang dianjurkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Universiti Malaya di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata pelaksanaan dasar data terbuka kerajaan juga telah membawa kepada peningkatan ketelusan perkhidmatan kerajaan. "Melalui dasar ini, kita juga menyediakan platform kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi kerajaan, manakala sebagai saluran untuk kerajaan bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat," kata beliau. Katanya data rasmi kerajaan boleh diakses melalui data.gov.my dan setakat 3 petang Rabu (24 Mei), sejumlah 1,982 set data yang 100 peratus 'machine readable' telah boleh diakses di portal tersebut. "Data yang dikongsi ini bukanlah bersifat peribadi atau diklasifikasikan sebagai data sulit," katanya, dan menambah, bahawa beliau yakin sasaran 7,000 set data dalam portal Data Terbuka menjelang 2020 akan tercapai. Beliau berkata Malaysia juga menyasarkan untuk menduduki tangga ke-30 dalam Open Data Barometer menjelang tahun 2020, daripada tangga ke-51 pada tahun 2015. -- BERNAMA Source : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1359215

Berita BPLUS : Hari Data Terbuka 2017 Promosi Kuasa Data Terbuka

25-May-2017
PUTRAJAYA, (Bernama) -- Kebanyakan orang mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan data terbuka. Data terbuka merujuk kepada sumber bahan-bahan untuk maklumat dan pengetahuan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Baca selanjutnya... Sumber : http://plus.bernama.com/v1/news.php?id=1359071

Berita BIG Community : MAMPU Lancarkan Data Terbuka Big Splash

25-May-2017
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama-sama dengan rakan strategik mereka iaitu Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Prasarana Negara Berhad, Syarikat WRZiT, sekali lagi menerajui dalam menaikkan kedudukan taraf Open Data Readiness Assessment (ODRA). Program Data Terbuka  Big Splash diadakan pada 25 Mei di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, untuk menganugerahkan agensi-agensi kerajaan yang paling aktif dalam menyumbang kepada set data terbuka sehingga meningkatkan set data dari 1,336 kepada 1,982. Program Data Terbuka Big Splash ini adalah acara pembuka bagi Hari Terbuka Data 2017 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB, diikuti dengan pelancaran Big Splash montaj. Tetamu kehormat kemudiannya akan dibawa untuk menaiki dalam RapidKL dua tingkat untuk meneroka aplikasi data terbuka inovasi mudah alih yang dikenali sebagai WRZiT (Where is it). Baca lebih lanjut ... Sumber: https://bigcommunity.net/big_news/mampu-launches-big-splash-open-data/

Berita BERNAMA : Potensi Dan Kuasa Data Terbuka Dalam Hubungan Kerajaan Dengan Rakyat

25-May-2017
PUTRAJAYA (Bernama) -- Penganjuran Hari Data Terbuka 2017 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di Universiti Malaya Khamis lalu bertujuan mewujudkan kesedaran dan keterujaan terhadap potensi data terbuka kepada kerajaan dan rakyat. Data terbuka merujuk kepada sumber bahan-bahan untuk maklumat dan pengetahuan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. "Data terbuka ini bukan sahaja berkaitan dengan keupayaan kerajaan memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tetapi ia juga berkaitan dengan keupayaan kerajaan menepati apa yang rakyat mahukan daripada kerajaan. "Dengan adanya inisiatif data terbuka kerajaan ini, hubungan terus antara kerajaan dan rakyat bukan lagi sebuah retorika kerana ia sudah menjadi kenyataan," kata Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU, Dr Suhazimah Dzazali kepada Bernama. Pada tahun 2016, Malaysia berada pada tangga ke-53 daripada 115 negara yang dinilai dalam ranking Barometer Data Terbuka (ODB), satu kedudukan yang memberangsangkan untuk inisiatif yang dimulakan pada tahun 2014 ini. PORTAL DATA TERBUKA SEKTOR AWAM (DTSA) Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) data.gov.my telah dibangunkan dan diaktifkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun 2014. Pembangunan platform rasmi ini adalah bagi memudahkan set data terbuka kerajaan diakses oleh rakyat, agensi kerajaan mahupun swasta secara berpusat. "Portal ini menjadi satu platform di mana sesiapa sahaja di dunia ini boleh memilih data yang mereka perlukan atau memohon set data yang mereka kehendaki. "Terdapat 18 kategori set data sektor awam yang boleh diakses melalui portal ini dan secara keseluruhan setakat ini kita sudah mempunyai sebanyak 1,986 set data dan jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa," kata Suhazimah. Di dalam ranking ODB, United Kingdom berada di tempat teratas, daripada 115 negara dan ia mempunyai sebanyak 49,000 set data. MENCIPTA RUANG DAN PELUANG Malaysia masih baru dalam pelaksanaan inisiatif data terbuka ini berbanding dengan negara-negara lain, namun tidak dapat dinafikan yang inisiatif ini memberikan manfaat yang banyak buat kerajaan dan rakyat. Perkongsian data terbuka dalam kalangan agensi kerajaan, rakyat, sektor swasta, akademia dan orang awam membuktikan keterbukaan dan ketelusan kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan. Ia turut mencipta ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan produk-produk baharu yang mampu menambah baik dan menambah nilai kehidupan. "Pelaksanaan data terbuka di Malaysia masih baru dan kami masih mengumpul data empirikal untuk melihat impaknya. "Tetapi untuk negara-negara lain yang sudah lama melaksanakannya seperti United Kingdom, tindakan yang diambil oleh kementerian kesihatan negara itu dalam menyiarkan maklumat tentang ubat-ubatan yang digunakan oleh para pesakit telah berjaya mencipta peluang-peluang baharu untuk industri farmaseutikalnya yang mendatangkan pendapatan yang lumayan," tambah Suhazimah. KERJASAMA BERTERUSAN Menurut Suhazimah, MAMPU akan meneruskan strategi kolaborasi mampan dengan kerajaan pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun bagi perkongsian set data. Dalam usaha untuk melonjakkan kedudukan Malaysia dalam ranking ODB, MAMPU juga berusaha meningkatkan bilangan dan kualiti set data yang dimuat naik di portal DTSA, selain menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi mendapatkan penglibatan industri dalam memperkayakan penggunaan set data dan aplikasi terbuka. Pelaksanaan "Open Data Big Splash" oleh kementerian dan agensi kerajaan juga menjadi agenda utama kerana ia berfungsi sebagai penggalak dan pencetus idea kepada inovasi yang melibatkan penggunaan data terbuka yang diperolehi dari portal DTSA. "Data terbuka merupakan bukti asakan strategi MAMPU iaitu kerjasama strategik yang mampan dan bersifat inklusif. "Diharapkan penganjuran Hari Data Terbuka dan pelancaran Open Data Big Splash ini dapat menghasilkan kesan 'ripple," kata Suhazimah. Cabaran Inovasi Data Terbuka atau lebih dikenali dengan nama 'Hackathon' merupakan satu usaha MAMPU untuk merealisasikan perkhidmatan digital sektor awam. Diadakan dua kali setahun, program ini terdiri daripada tiga kategori iaitu kategori pengamal data terbuka iaitu penjawat awam dan pemain industri, universiti awam dan sekolah menengah. Hackathon memberi peluang kepada para peserta menguji bakat dan kreativiti sehingga terciptanya satu produk data yang inovatif, analitis data atau aplikasi mudah alih yang dapat diperluaskan untuk kegunaan rakyat. "Pada cabaran 2016, para peserta berkampung selama 48 jam, bermula dari kosong sehingga mereka berjaya menyiapkan satu prototaip aplikasi yang menggunakan data terbuka kerajaan dengan penuh bersemangat," kata Suhazimah. Program Hackathon ini dilihat berjaya dalam pembangunan aplikasi yang menggunakan data terbuka dan portal DTSA yang bakal digunakan oleh bukan sahaja sektor awam malahan sektor swasta juga dalam mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Selain itu, ia juga menjadi pencetus dan kelahiran idea-idea kreatif dan inovatif dalam penciptaan aplikasi yang memudahkan bagi kegunaan rakyat. Menurut Suhazimah, kerjasama MAMPU dengan MDEC membolehkan para pemenang cabaran inovasi data terbuka yang berjaya menghasilkan prototaip aplikasi yang baik memperolehi dana daripada MDEC untuk dibangunkan ke tahap seterusnya. --BERNAMA Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1360214