Berita / Hebahan / Aktiviti

TEMUBUAL BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU DI NASIONAL FM

18-May-2017
Sukacita dimaklumkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Hari Data Terbuka 2017 pada 25 Mei ini. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan mempromosikan majlis tersebut, satu sesi temubual bersama YBrs. Dr. Yusminar Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh           : 19 Mei 2017 (Jumaat) Masa            : 10.30 pagi Saluran        : Nasional.fm Frekuensi     : 88.5 (Lembah Klang) Tajuk             : Hari Data Terbuka 2017            YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk mendengar temu bual dan memanjangkan hebahan ini kepada pegawai dan kakitangan di agensi / kementerian / jabatan untuk makluman bersama. Ia juga boleh didengar secara langsung dengan melayari http://myklik.rtm.my/radio atau di saluran ASTRO 869 atau melalui aplikasi RTM Mobile.

Latihan Peneraju Data Terbuka Kolaboratif Bersama-sama Open Data Institute (ODI), United Kingdom

17-May-2017
Tajuk:        Latihan Peneraju Data Terbuka Kolaboratif Bersama-sama Open Data Institute (ODI), United Kingdom Oleh:          Dr. David Tarrant  Program:   Latihan di bawah Projek Pengukuhan Strategi dan Pelaksanaan Data Terbuka Melalui Kerjasama dengan Open Data Institute (ODI)          Tarikh:       18 – 19 Mei 2017   Kehadiran: Kementerian Pendidikan Tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kementerian Dalam Negeri Kementerian Sumber Manusia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perangkaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia SUK Negeri Sembilan SUK Negeri Kelantan   Pengisian: Knowledge: Open Data Impact Use cases Value creation and innovation Delivering great Increasing the quality open data: Data standards Communications: Open Data Strategy and the Open Data Barometer Best practices and avoiding complexity Open Data Myths and how to fight them ‚Äč

Mesyuarat Open Data bersama World Bank Group (WBG)

05-Apr-2017
Satu mesyuarat telah diadakan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada  03 April 2017. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai darai Bahagian Kerajaan Digital (BKD) MAMPU dan pihak World Bank Group (WBG). Tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai penilaian kesediaan data terbuka dan langkah seterusnya untuk Malaysia dalam memperluaskan inisiatif tersebut. Agenda Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut: Perbincangan mengenai laporan Penilaian Kesedian Data Terbuka (ODRA) dan pelancaran laporan Perbincangan inisiatif untuk mewujudkan buku laporan Malaysia Economic Monitor: MAMPU Contributions Bertukar pengetahuan dengan negara Kambodia mengenai strategi ICT dalam saluran perkhidmatan Perbincangan untuk mendokumenkan pengalaman Malaysia dalam mengendalikan projek-projek yang berkaitan ICT dalam saluran perkhidmatan

Modul Pembelajaran Data Terbuka

27-Dec-2016
        Pada 27 Disember 2016, modul pembelajaran data terbuka sudah dapat diakses di portal data terbuka data.gov.my untuk umum hasil kolaboratif MAMPU dan The Institute Open Data (ODI). Matlamat modul tersebut adalah untuk memberi pengenalan mengenai data terbuka  dan kepentingannya kepada umum. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa topik telah diketengahkan di dalam modul tersebut antaranya: Apa itu data terbuka Apa itu data Ciri-ciri data terbuka Keperluan data terbuka pada Malaysia Di dalam modul juga disediakan kajian kes dan artikel mengenai data terbuka di setiap pelusuk dunia.    Untuk akses ke modul tersebut, sila klik pada link dibawah Modul Pembelajaran: klik di sini

Pengikitirafan & Penghargaan kepada Penyumbang Data semasa CONVEX 2016

27-Dec-2016
Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam Lima (5) kementerian/agensi telah menerima Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu: Jabatan Perangkaan Malaysia Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Sumber Manusia Kementerian/agensi ini selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan daripada MAMPU di Persidangan Public Sector Chief Information Officer (CIO CONVEX) 2016 pada 23 Nov 2016 di Hotel Sama-sama KLIA Sepang, Selangor atas komitmen yang tinggi dalam menyumbang data dengan format yang boleh dibaca oleh mesin (machine readable).  Walaupun ganjarannya tidak seberapa, MAMPU mengiktiraf sumbangan kementerian/agensi.  Program apresiasi ini akan diberikan pada tahun hadapan dan berterusan.

PRODUK PROGRAM 48 JAM HACKATHON 2016

20-Dec-2016
Produk program 48 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 yang telah berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2016 telah diterbitkan di dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam.  Produk ini boleh dicapai di Galeri Aplikasi.

SESI PENYAMPAIAN HADIAH HACKATHON 2016 DI FORUM PUBLIC SECTOR CHIEF INFORMATION OFFICER CONVENTION AND EXHIBITION (CIO CONVEX) 2016

22-Nov-2016
MAMPU telah berjaya menganjurkan sesi penyampaian hadiah hackathon 2016 di Forum Public Sector Chief Information Officer Convention and Exhibition (CIO CONVEX) 2016 pada 22 November 2016 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor. Pertandingan Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam telah berlangsung secara berterusan selama 48 jam bermula dari 25 sehingga 27 Oktober 2016 di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya Selangor.  Program ini dilaksanakan bersama-sama dengan rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), GITN Sdn. Berhad (GSB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).  Hadiah Program Hackathon ini dibahagikan kepada 3 kategori seperti di bawah: Kategori 1 (Sektor Awam/Industri): Pemenang pertama:           RM10,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM7,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM5,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM2,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kelima:             RM1,500 berserta sijil penghargaan Saguhati (tempat keenam – sepuluh):   RM500 berserta sijil penghargaan   Kategori 2 (Universiti Awam): Pemenang pertama:           RM10,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM7,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM5,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM2,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kelima:             RM1,500 berserta sijil penghargaan Saguhati (tempat keenam – sepuluh):   RM500 berserta sijil penghargaan   Kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah): Pemenang pertama:           RM3,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM2,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM1,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM800.00 berserta sijil penghargaan Klik sini untuk melihat pemenang Hackathon 2016

SEMINAR PROGRAM PENILAIAN KESEDIAAN DATA TERBUKA (OPEN DATA READINESS ASSESSMENT - ODRA) KOLABORATIF  DENGAN WORLD BANK

01-Nov-2016
SEMINAR PROGRAM PENILAIAN KESEDIAAN DATA TERBUKA (OPEN DATA READINESS ASSESSMENT - ODRA) KOLABORATIF  DENGAN WORLD BANK  Slaid Pembentangan ODRA Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data for Malaysia".

48 JAM HACKATHON 2016

25-Oct-2016
MENYEMARAKKAN KUASA DATA TERBUKA UNTUK INOVASI MELALUI 48 JAM HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2016 Cyberjaya, 24 Oktober 2016 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama-sama rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), GITN Sdn. Berhad (GSB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 bertemakan “Unleashing The Power of Open Data for Innovation”.  Program Hackathon ini adalah satu platform pertandingan pembangunan aplikasi yang akan berlangsung berterusan selama 48 jam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka di kalangan penjawat awam, industri, universiti awam dan pelajar sekolah menengah. Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam bertujuan untuk: Menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan digital. Mempromosikan produk/inisiatif digital perkhidmatan awam. Menggalakkan penglibatan penjawat awam, akademia, usahawan, pelajar sekolah dan rakyat dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Sektor Awam. Persekitaran Data Terbuka membolehkan data sedia ada digunakan untuk menghasilkan analitis data yang lebih berkesan di samping menjadi wadah untuk mendapatkan maklum balas daripada orang awam secara interaktif dalam pelbagai media. YB Datuk Joseph Entulu berkata dalam ucapan perasmiannya “MAMPU merancang untuk melaksanakan program bina upaya data analitis yang berstruktur dan sistematik melalui pendekatan coaching untuk menghasilkan analitis data dengan menggunakan platform Data Raya Sektor Awam sedia ada di MAMPU”. Sehingga kini, sebanyak 1,336 set data terbuka telah tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan beliau berharap sasaran sebanyak 1,500 set Data Terbuka dapat tercapai sebelum akhir tahun ini. Sehingga kini, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) serta Kementerian Sumber Asli merupakan agensi pembekal utama set Data Terbuka. Antara data yang boleh diperoleh ialah: bilangan kampung dan penduduk Orang Asli mengikut negeri; statistik tenaga buruh mengikut negeri; statistik ladang getah di Malaysia sejak 1965 sehingga 2014; dan bilangan isi rumah dan kediaman mengikut daerah dan negeri. Seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, ketua-ketua pegawai maklumat sektor awam, dan peneraju data terbuka sektor awam hadir memeriahkan majlis.

"PUBLIC OPEN DATA SEMINAR"

24-Aug-2016
 Tema: Open Data For Economic Growth And Innovation 24 Ogos 2016 - Public Open Data Seminar bertema Open Data For Economic Growth and Innovation di Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyberjaya (MCMC). Seminar  ini bertujuan menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kesedaran berkaitan pengukuhan pelaksanaan Data Terbuka serta memperkasakan penglibatan kementerian, agensi, akademia, entreprenuer dan komuniti. Pihak Open Data Institute (ODI) merupakan pembentang utama taklimat dalam seminar tersebut.  Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang hadir terutama kepada peneraju data terbuka.

Forum "Public Open Data" - Agenda dan Slaid Pembentangan

15-Jun-2016
Slaid Pembentangan Forum Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data Forum 20160614 - The Implementation of Public Sector Open Data-Issues and Challenges". Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data Forum 20160614 - Open Data Best Practices"  

Taklimat Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi

05-Feb-2016
MAMPU telah dijemput untuk memberi Taklimat Pelaksanaan DTSA di dalam Mesyuarat Bersama Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Pendidikan Tinggi Bil. 1/2016.

Taklimat Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) kepada Jabatan Penjara Malaysia

29-Jan-2016
MAMPU telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai Pekeliling Am Bil. 1/2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kerja Data Terbuka Jabatan Penjara Malaysia Bil.1/2016.

Bengkel Set Data DTSA Siri 2/2016

20-Jan-2016
Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan status terkini pelaksanaan DTSA dan juga untuk mendapatkan maklum balas agensi berkenaan set data yang dicadangkan oleh MAMPU untuk di muat naik ke dalam portal DTSA. Sesi bengkel ini dihadiri oleh empat (4) agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu: i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ii) Jabatan Perkhidmatan Awam iii) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang iv) Jabatan Audit Negara

Bengkel Set Data DTSA Siri 1/2016

19-Jan-2016
Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan status terkini pelaksanaan DTSA dan juga untuk mendapatkan maklum balas agensi berkenaan set data yang dicadangkan oleh MAMPU untuk di muat naik ke dalam portal DTSA. Sesi bengkel ini dihadiri oleh lapan (8) kementerian iaitu: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Wilayah Persekutuan Kementerian Kesihatan Kementerian Pertahanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi Kementerian Pendidikan Tinggi