Berita / Hebahan / Aktiviti

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Sarawak dan Sabah

25-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Sarawak dan Sabah hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sarawak yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK negeri Sarawak dan Sabah mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 25 April 2018 (Rabu) di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                     Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka bagi Zon Sarawak dan Sabah Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Timur

17-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Timur hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK Zon Timur mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 18 April 2018 (Rabu) di Dewan Jamuan, Aras 18, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                       Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka bagi Zon Timur Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 Set Data Bagi Zon Utara

01-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Utara hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK zon utara  mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 2 April 2018 (Isnin) di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Kedah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                       Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 set data bagi Zon Utara Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat

Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Tengah

04-Mar-2018
SESI LIBAT URUS PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SEPULUH RIBU SET DATA BAGI ZON TENGAH   MAMPU akan mengadakan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Tengah yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu kementerian/agensi mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 6 Mac 2018 (Selasa) di Bilik Persidangan Aras 2, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.      Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3 Merealisasi Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kuantiti: Penerbitan Set Data Terbuka Kertas 4 Sesi Latihan Pengguna Portal Data Terbuka

Sesi Temubual siaran media Program Big Open Wrangle (BOW)

26-Jan-2018
Satu sesi temubual siaran media telah diadakan pada 23 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Cyber 6, Aras 6, MAMPU. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh pegawai dari syarikat Asia Online Publishing Group (AOPG) Sdn. Bhd. sebagai penemubual dan Timbalan Ketua Pengarah sektor ICT MAMPU, YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali sebagai wakil dari MAMPU. Tujuan sesi temubual tersebut adalah untuk mempromosikan aktiviti perkongsian portal data terbuka di portal www.data.gov.my serta program Big Open Wrangle (BOW) anjuran AOPG Sdn. Bhd. dengan kerjasama NetApp Malaysia, Cloudera dan TechData. Cik Melina Hwang, Pengurus Besar AOPG, penerbit Portal Big Community memberitahu, " Setakat ini seramai 120 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program ini. Penganjur berkeyakinan program ini akan dapat menghasilkan penggunaan Data Terbuka yang lebih efektif kepada negara.  Tambah YBrs. Dr. Suhazimah, " Kerajaan melihat Data Terbuka di peringkat global telah digunakan oleh pihak komuniti luar bandar bagi memperoleh perkhidmatan perubatan yang lebih murah dan memperbaiki sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Matlamat kerajaan adalah untuk memanfaatkan kreativiti pakar tempatan dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menggunakan Data Terbuka dengan lebih inovatif." Big Community