Berita / Hebahan / Aktiviti

TEMUBUAL BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU DI NASIONAL FM

18-May-2017
Sukacita dimaklumkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Hari Data Terbuka 2017 pada 25 Mei ini. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan mempromosikan majlis tersebut, satu sesi temubual bersama YBrs. Dr. Yusminar Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh           : 19 Mei 2017 (Jumaat) Masa            : 10.30 pagi Saluran        : Nasional.fm Frekuensi     : 88.5 (Lembah Klang) Tajuk             : Hari Data Terbuka 2017            YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk mendengar temu bual dan memanjangkan hebahan ini kepada pegawai dan kakitangan di agensi / kementerian / jabatan untuk makluman bersama. Ia juga boleh didengar secara langsung dengan melayari http://myklik.rtm.my/radio atau di saluran ASTRO 869 atau melalui aplikasi RTM Mobile.

Latihan Peneraju Data Terbuka Kolaboratif Bersama-sama Open Data Institute (ODI), United Kingdom

17-May-2017
Tajuk:        Latihan Peneraju Data Terbuka Kolaboratif Bersama-sama Open Data Institute (ODI), United Kingdom Oleh:          Dr. David Tarrant  Program:   Latihan di bawah Projek Pengukuhan Strategi dan Pelaksanaan Data Terbuka Melalui Kerjasama dengan Open Data Institute (ODI)          Tarikh:       18 – 19 Mei 2017   Kehadiran: Kementerian Pendidikan Tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kementerian Dalam Negeri Kementerian Sumber Manusia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perangkaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia SUK Negeri Sembilan SUK Negeri Kelantan   Pengisian: Knowledge: Open Data Impact Use cases Value creation and innovation Delivering great Increasing the quality open data: Data standards Communications: Open Data Strategy and the Open Data Barometer Best practices and avoiding complexity Open Data Myths and how to fight them ‚Äč

Mesyuarat Open Data bersama World Bank Group (WBG)

05-Apr-2017
Satu mesyuarat telah diadakan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada  03 April 2017. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai darai Bahagian Kerajaan Digital (BKD) MAMPU dan pihak World Bank Group (WBG). Tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai penilaian kesediaan data terbuka dan langkah seterusnya untuk Malaysia dalam memperluaskan inisiatif tersebut. Agenda Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut: Perbincangan mengenai laporan Penilaian Kesedian Data Terbuka (ODRA) dan pelancaran laporan Perbincangan inisiatif untuk mewujudkan buku laporan Malaysia Economic Monitor: MAMPU Contributions Bertukar pengetahuan dengan negara Kambodia mengenai strategi ICT dalam saluran perkhidmatan Perbincangan untuk mendokumenkan pengalaman Malaysia dalam mengendalikan projek-projek yang berkaitan ICT dalam saluran perkhidmatan

Modul Pembelajaran Data Terbuka

27-Dec-2016
        Pada 27 Disember 2016, modul pembelajaran data terbuka sudah dapat diakses di portal data terbuka data.gov.my untuk umum hasil kolaboratif MAMPU dan The Institute Open Data (ODI). Matlamat modul tersebut adalah untuk memberi pengenalan mengenai data terbuka  dan kepentingannya kepada umum. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa topik telah diketengahkan di dalam modul tersebut antaranya: Apa itu data terbuka Apa itu data Ciri-ciri data terbuka Keperluan data terbuka pada Malaysia Di dalam modul juga disediakan kajian kes dan artikel mengenai data terbuka di setiap pelusuk dunia.    Untuk akses ke modul tersebut, sila klik pada link dibawah Modul Pembelajaran: klik di sini

Pengikitirafan & Penghargaan kepada Penyumbang Data semasa CONVEX 2016

27-Dec-2016
Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam Lima (5) kementerian/agensi telah menerima Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu: Jabatan Perangkaan Malaysia Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Sumber Manusia Kementerian/agensi ini selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan daripada MAMPU di Persidangan Public Sector Chief Information Officer (CIO CONVEX) 2016 pada 23 Nov 2016 di Hotel Sama-sama KLIA Sepang, Selangor atas komitmen yang tinggi dalam menyumbang data dengan format yang boleh dibaca oleh mesin (machine readable).  Walaupun ganjarannya tidak seberapa, MAMPU mengiktiraf sumbangan kementerian/agensi.  Program apresiasi ini akan diberikan pada tahun hadapan dan berterusan.