MAMPU menerajui dan menyelaras pelaksanaan Program Perkongsian Data melalui Data Terbuka yang bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berpacukan data. Projek ini terus diperkasakan selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020, Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025, Dasar 4IR Negara dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia.

Justeru itu, MAMPU sedang melaksanakan Kajian Impak Program Data Terbuka Sektor Awam bagi menilai keberkesanan dan impak pelaksanaan DTSA sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 dan mendapatkan input untuk perancangan pelaksanaan seterusnya.

Sehubungan itu, Pihak MAMPU amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan dalam memberi maklum balas dengan mengisi borang soal selidik ini dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh hebahan dibuat.