MAMPU telah mengadakan Bengkel Program Libat Urus Data Terbuka Sektor Awam Tahun 2020 bagi Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri pada 3 Disember 2020 secara telesidang. Bengkel ini disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kerajaan Digital MAMPU, Dr. Fazidah binti Abu Bakar dan disertai oleh Pengurus-pengurus ICT serta Admin dan Editor Data Terbuka Kementerian/PSUK.
Objektif Bengkel Program Libat Urus Data Terbuka Sektor Awam Tahun 2020 adalah untuk:
- menjelaskan tentang amalan tadbir urus data terbuka dalam sektor awam;
- memberi pemahaman mengenai penerbitan data yang berkualiti;
- menjelaskan tentang kepentingan pengemaskinian set data mengikut kekerapan yang ditetapkan;
- memperkenalkan serta memberi latihan pengguna berkaitan Portal DTSA 2.0 dan fungsi-fungsi baharu yang telah dibangunkan; dan
- menerangkan tentang rantaian kehadapan inisiatif Data Terbuka Sektor Awam bagi tahun 2021 – 2025.
Agenda 1: Slaid Program Libat Urus
Agenda 2: Slaid Portal Data Terbuka 2.0
Agenda 3: Slaid Open Data Executive Information System (ODEXIS)
Agenda 4: Slaid Open Data Exchange (ODEX)