Program Malaysia Open Data User Group (MODUG) bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada agensi kerajaan, syarikat dan komuniti berkaitan pelaksanaan Inisiatif Data Terbuka Malaysia serta kepentingannya dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Dengan penganjuran Program MODUG ini, agensi pemilik/pembekal data bersama-sama pengguna data berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai jenis set data yang diperlukan, bertukar pandangan dan mengemukakan idea untuk meningkatkan kualiti penerbitan set data di Portal Data Terbuka. Merujuk kepada hasil daripada program MODUG pada tahun 2020, peserta program telah mencadangkan untuk mengadakan sesi perbincangan meja bulat untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran antara kerajaan selaku pemilik data (supply) dan pengguna data (demand) yang terdiri daripada masyarakat, profesional, penyelidik, akademia, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat start-up dan media bagi mengukuhkan dan menyemarakkan lagi pelaksanaan Inisiatif Data Terbuka Malaysia.

Sehubungan dengan itu, MAMPU julung kalinya telah mengadakan Program Sesi Meja Bulat MODUG pada ketetapan berikut :

       Tarikh     :   10 November 2021 (Rabu)
       Masa     :   2.30 - 5.30 petang        
       Tempat  :   Hotel Tenera, Bangi

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun slaid dan pautan pembentangan penceramah :-

  1. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar - Taklimat Ringkas Sesi Meja Bulat MODUG 2021 : Slaid
  2. Encik Khairil Yusof  - Regional Updates : Slaid 
  3. Dr. Ceelia Leong - Think City : Urban Analytics Portal