Kumpulan butiran data yang berkaitan.

Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.

Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.

Set data akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.

Kerajaan berkongsi set Data Terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan. Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.

Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.

Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal. Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya. Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.