Skip to content

Data Pementoran Mengikut Kategori Agensi

Program pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang.

“Mentor” merujuk kepada seorang pegawai yang dilantik oleh jabatan untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Mentor adalah seorang yang lebih berpengalaman dan boleh dijadikan role model di kalangan rakan sekerja.

“Menti” merujuk kepada pegawai yang dipilih oleh ketua jabatan untuk program pementoran. Menti adalah seorang pegawai yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan harian.

Senarai set data ini memaparkan maklumat mengenai data pementoran mengikut kategori agensi.

No. of Views : 24


Data and Resources





Additional Info

Field Value
Source -
Author Ahmad Zaki Zamani Bin Abdul Aziz
Maintainer Noorzaiti Ashikin Binti Romli
Last Updated October 19, 2019, 15:27 (UTC)
Created November 23, 2018, 15:48 (UTC)