Langkah ke kandungan

Senarai Peta Topografi Siri DNMM8101 (Semenanjung Malaysia) dan DNMM8102 (Sabah/Sarawak)

Peta versi terhad yang berskala 1: 3,000 — 12,500 hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini dikategorikan sebagai peta berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi. Ciri—ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 25 meter dan ukur ketinggian dalam meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, jalan kererapi dan lorong kaki. Bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu serta susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan.Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital

Jumlah Dilihat : 78


Data dan Sumber Set Data





Maklumat Tambahan

Ruangan Nilai
Sumber -
Disediakan Oleh Shazlin Omar
Penyelenggara Shazlin Omar
Tarikh Data Dikemaskini Jun 2, 2021, 02:18 (UTC)
Tarikh Dicipta Oktober 16, 2018, 08:45 (UTC)