Berita / Hebahan / Aktiviti

Hackathon Data Terbuka 2018 (7 Hari/168 Jam)

27-Aug-2018
MAMPU akan menganjurkan Program Hackathon Data Terbuka 2018 pada 18 hingga 24 September 2018. Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform bagi penciptaan produk data yang kreatif, berkualiti dan berinovasi; memanfaatkan keupayaan Data Terbuka dalam penghasilan produk dan menggalakkan inovasi Data Terbuka dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.  Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori penyertaan iaitu sektor awam, universiti & industri dan pelajar sekolah menengah. Program Hackathon ini merupakan satu platform pertandingan pembangunan aplikasi yang diadakan secara berterusan tanpa henti selama 7 hari (168 jam). Julung kalinya pertandingan akan diadakan secara dalam talian.  Peserta dikehendaki membangunkan aplikasi/produk data menggunakan set Data Terbuka yang terdapat di Portal Data Terbuka (www.data.gov.my) dan juga set data daripada sumber yang lain.  Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.  Pelaksanaan program Hackathon selama 168 jam ini tidak memerlukan peserta hadir ke lokasi pertandingan kecuali semasa sesi penilaian di mana para peserta dikehendaki hadir membuat pembentangan kepada panel penilai pada 25 - 26 September 2018 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).  Pembangunan aplikasi/produk data boleh dilakukan di premis masing-masing atau mana-mana lokasi yang bersesuaian.  Bagi kategori pelajar sekolah menengah setiap kumpulan pelajar sekolah menengah perlu diiringi dengan seorang guru semasa sesi penilaian untuk memastikan keselamatan para pelajar. Sehubungan itu, MAMPU mempelawa para akademia, penjawat awam, kakitangan industri, pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini melalui https://hackathon.data.gov.my.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 September 2018.  Pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa wang tunai beserta sijil dan majlis penyampaian hadiah akan  diadakan semasa majlis Public Sector CIO ConVEX 2018 pada 14 – 15 Nov 2018.  Syarat penyertaan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh melalui pautan di bawah. Pautan Hackathon Data Terbuka 2018 (7 Hari/168 Jam)   PENGUMUMAN Tarikh tutup penyertaan di lanjutkan sehingga 22 September 2018

Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Set Data Terbuka Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka

22-May-2018
MAMPU telah mengadakan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK Melaka mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 22 Mei 2018 (Selasa) di  Bilik Mesyuarat Cyber 2, MAMPU Cyberjaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Yusminar binti Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital.                                        Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Sarawak dan Sabah

25-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Sarawak dan Sabah hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sarawak yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK negeri Sarawak dan Sabah mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 25 April 2018 (Rabu) di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                     Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka bagi Zon Sarawak dan Sabah Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Timur

17-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Zon Timur hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK Zon Timur mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 18 April 2018 (Rabu) di Dewan Jamuan, Aras 18, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                       Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka bagi Zon Timur Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat Kertas 3  Sesi Latihan Pengguna Portal

Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 Set Data Bagi Zon Utara

01-Apr-2018
MAMPU telah mengadakan kunjungan hormat dan Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sepuluh Ribu Set Data Bagi Zon Utara hasil kerjasama bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan bagi membantu SUK zon utara  mencapai KPI di samping menghasilkan set data berkualiti pada 2 April 2018 (Isnin) di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Kedah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU.                       Ucapan Perasmian Sesi Libat Urus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10,000 set data bagi Zon Utara Kertas 1 Program Pemerkasaan Lautan Data: KPI Data Terbuka 2018 Menganjak Kemustahilan, Mempersada Negara untuk Kesejahteraan Rakyat Kertas 2 Merealisasikan Sasaran KPI Data Terbuka 2018 Dari Perspektif Kualiti untuk Kesejahteraaan Rakyat