Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Penggunaan data atau
penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di
bawah.
1. Penggunaan data di
bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan
data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh
melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
(ii) Adaptasi data;
(iii) Guna data secara
komersial dan tidak komersial; dan
(iv) Gabung data dengan
data lain atau rangkum data dalam produk atau
aplikasi.
3. Sekiranya
melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk
atau aplikasi berdasarkan
pernyataan yang ditentukan oleh pemilik
data;
(ii) Menyediakan pautan kepada Terma
Penggunaan ini; dan
(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan
pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia
1.0 "
4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan
sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;
(ii) Nama, jata, logo atau
sebarang simbol rasmi pemilik data;
(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa
terhadapnya;
(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan
dan hak reka bentuk; dan
(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang
representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak
memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data
tersebut.
Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015